top of page

LENS BY LATANSA

Product

TIPS PENJAGAAN

KANTA SENTUH

01 /JALANI PEMERIKSAAN MATA DENGAN OPTOMETRIS BERTAULIAH

Pemeriksaan mata ini harus dijalankan sebelum dan selepas pemakaian kanta sentuh bagi mengetahui tahap kesihatan kornea anda. Pakar Optometris akan melakukan pemeriksaan dengan menggunakan lampu biomikroskopi atau 'slit lamp'.

02 /PASTIKAN PENJAGAAN KANTA SENTUH DILAKUKAN DENGAN TERTIB YANG DISYORKAN OLEH PAKAR OPTOMETRIS

Pastikan kanta sentuh dibersihkan dengan teliti sebelum dan selepas pemakaian dengan menggunakan larutan pencuci khusus untuk kanta sentuh dan bukan saline. Cth larutan pencuci kanta sentuh yang berada di pasaran ialah Complete, Renu, Optifree dan lain-lain. Elakkan kanta sentuh dicuci dengan air liur atau air paip kerana ini akan menyebabkan jangkitan kuman pada mata anda.

03 /TIDAK PAKAI MELEBIHI MASA YANG DITETAPKAN

Pastikan kanta sentuh dipakai 8 jam sehari atau masa yang dinasihatkan oleh Optometris bergantung kepada material kanta sentuh. Ini bagi mengelakkan mata menjadi merah dengan pemakaian yang tidak terkawal atau masa yang berlebihan.

04/PAKAI KANTA SENTUH DAHULU SEBELUM PEMAKAIAN 'MAKE-UP'

Tidak dinafikan, pemakaian 'make up' merupakan satu kemestian untuk golongan wanita. Walaupun begitu, kesihatan mata tidaklah harus diabaikan. Pemakaian maskara, eyeliner dan eye shadow haruslah dilakukan selepas kanta sentuh dipakai. Ini bg mengelakkan habuk-habuk dari 'make up' terperangkap di bawah kanta sentuh sekiranya didahului oleh 'make up'. Ini menyebabkan pergeseran antara kornea dan habuk 'make-up' dan kerengsaan pada kornea akan berlaku.

05/CUCI TANGAN DENGAN BERSIH DAN 
PASTIKAN KUKU PENDEK

Pastikan tangan anda dicuci dengan sabun sebelum pemakaian kanta sentuh. Juga dipastikan kuku adalah pendek kerana dikhuatiri terdapat kotoran yang terlekat di bawah kuku anda. 

06/JANGAN PAKAI KANTA SENTUH ORANG LAIN

Memakai kanta sentuh orang lain dapat menyebabkan jangkitan kuman. Elakkan bertukar-tukar kanta sentuh dengan kawan-kawan kerana pelakuan ini dapat membahayakan mata anda.

TIPS PENYIMPANAN

KANTA SENTUH

CARA PENYIMPANAN

01/ Simpan kanta sentuh di dalam bekas yang disediakan.

04/ Elakkan menyimpan bekas dan kanta sentuh di dalam bilik air kerana terdapat banyak kuman di bilik air anda yang tidak anda nampak dengan mata kasar. Begitu juga larutan pencuci kanta sentuh anda.

CARA PENYIMPANAN

02/ Pastikan air simpanan ditukar setiap hari.

05/ Elakkan kanta sentuh anda disimpan di tempat yang panas. Ini dapat menjejaskan kualiti kanta sentuh anda.

CARA PENYIMPANAN

03/ Pastikan penyimpanan kanta sentuh tidak melebihi tarikh expired kanta sentuh anda. Kanta sentuh anda tidak boleh dipakai lagi sekiranya sudah expired walaupun anda tidak memakainya.

About

SEGERA BERJUMPA DOKTOR

SEKIRANYA HADAPI

MASALAH INI!

Mata merah

Lelehan air pada mata

atau eye discharge

Kanta sentuh terperangkap di dalam mata

Featured

HUBUNGI KAMI

Tel: 03-78311547

​

Subang Bestari Shah Alam, 

Selangor.

Contact

Success! Message received.

Demo
bottom of page