top of page

Kanta sentuh adalah peranti perubatan. Untuk memakai kanta sentuh, pesakit haruslah menjalani pemeriksaan preliminari iaitu pemeriksaan kesesuaian pemakaian kanta sentuh. Bagi pesakit yang pertama kali memakai kanta sentuh, pemeriksaan ini adalah wajib dijalankan.  
 

Pemeriksaan Biomikroskopi

Langkah seterusnya ialah pemeriksaan biomikroskopi dengan menggunakan lampu celah. Pemeriksaan lampu celah dapat mengenalpasti kesihatan kornea, air mata dan kelopak mata anda.  

​
 

Pemakaian Kanta Sentuh

Bagi pemakai kanta sentuh keras (RGP), penilaian dan pengukuran dijalankan dengan menjalani sesi pemakaian kanta sentuh trial terlebih dahulu bagi mendapatkan ukuran yang sesuai. Setelah saiz dan diameter sesuai diperolehi, pesakit akan menjalani pemeriksaan refraksi mata bagi mendapat penglihatan terbaik. 
 

Rawatan Susulan

Pemakaian RGP disusuli dengan pemeriksaan lanjutan. Ini bagi memeriksa status kesihatan kornea dan kanta sentuh selepas jangkamasa tertentu pemakaian.
 

Jenis-jenis Kanta Sentuh

Terdapat pelbagai jenis kanta sentuh yang ditawarkan di La Tansa Optometrist. Antaranya ialah:

 

1. Kanta sentuh lembut

2. Kanta sentuh separa keras (RGP)

3. Kanta sentuh prosthetik

4. Kanta sentuh warna

5. kanta sentuh pediatrik
 

Dapatkan temujanji secara online. Ia cepat dan mudah.

Klinik Kanta Sentuh

© 2023 by La Tansa Optometrist 

No 3, Jalan Nova Q, U5/Q, 40150, Subang Bestari, Shah Alam , Selangor

Tel: 03-5887 4266

  • Facebook - White Circle
  • Instagram - White Circle
  • YouTube - White Circle
bottom of page