top of page

Pemeriksaan Mata

Untuk semua peringkat umur

Tahap penglihatan  6/6 adalah pengukuran standard penglihatan normal yang ditetapkan untuk dicapai oleh individu.

 

Penetapan ini dibuat dengan merujuk kepada carta mata khas. Walau bagaimanapun, dapat melihat dengan jelas dan terang bukanlah segala-galanya. Penglihatan yang sihat adalah lebih dari itu!
​

Bayi

Penglihatan yang baik adalah penting bagi memastikan kanak-kanak dapat membesar dengan kemahiran yang mereka perlukan di sekolah. Penglihatan kanak-kanak telah berkembang sejak bayi dan pada umur 6 bulan, mata haruslah berada pada fungsi asas yang baik. 

​

​Kanak-kanak

Kanak-kanak juga berhak untuk mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan mata yang profesional. Di La Tansa Optometrist KIDZ, pemeriksaan mata dijalankan untuk mengetahui kesihatan mata, tahap penglihatan dan koordinasi mata mereka.

 

Kami menawarkan pilihan cermin mata yang terkini. Rawatan penjagaan mata kanak-kanak termasuklah Myopia Control dan rawatan untuk amblyopia (mata mata malas). Ketahui lebih lanjut mengenainya di halaman Perkhidmatan Optometri Pediatrik kami.

​

Semua Peringkat Umur

Anda mungkin pernah terbaca yang mata anda bekerja seperti kamera dalam cara ia memfokuskan cahaya. Mata anda perlu menyesuaikan diri dalam memfokus objek dengan cermin mata baru anda.. Otak anda memberitahu mata anda apa yang perlu dilakukan secara autofokus.. Pemeriksaan penglihatan yang komprehensif bukan sahaja untuk mendapatkan nilai 6/6 tetapi kesihatan sistem visual secara keseluruhan.

© 2023 by La Tansa Optometrist 

No 3, Jalan Nova Q, U5/Q, 40150, Subang Bestari, Shah Alam , Selangor

Tel: 03-5887 4266

  • Facebook - White Circle
  • Instagram - White Circle
  • YouTube - White Circle
bottom of page