top of page

Pemeriksaan Mata Pediatrik

Menurut Pakar, 80% pembelajaran kanak-kanak adalah secara visual.

Ini bermaksud pembelajarannya juga  dapat dipengaruhi jika anak anda mengalami kesukaran melihat dengan jelas. Ia juga berlaku bagi bayi yang sedang membesar. Mereka belajar tentang sekeliling melalui penglihatan. 

 

Bagi memastikan anak-anak anda memiliki perkembangan visual yang normal, mata dan tahap penglihatan mereka harus diperiksa oleh doktor mata atau Optometris Pediatrik pada peringkat tertentu perkembangan mereka.

​

Menurut Persatuan Optometri Amerika (AOA), mata kanak-kanak harus diperiksa pada seawal usia 6 bulan, 3 tahun, pada permulaan sekolah, dan sekurang-kurangnya setiap 2 tahun berikutnya. Sekiranya ada tanda-tanda terdapat masalah penglihatan atau mempunyai risiko tertentu (seperti kelewatan perkembangan, kelahiran pramatang, mata yang juling atau malas, sejarah keluarga atau kecederaan mata) pemeriksaan yang lebih kerap disyorkan.

 

Seorang kanak-kanak yang memakai cermin mata atau kanta lekap mestilah menjalani pemeriksaan mata setiap tahun. Kuasa refraksi kanak-kanak boleh berubah dengan cepat terutamanya apabila sedang berkembang.

© 2023 by La Tansa Optometrist 

No 3, Jalan Nova Q, U5/Q, 40150, Subang Bestari, Shah Alam , Selangor

Tel: 03-5887 4266

  • Facebook - White Circle
  • Instagram - White Circle
  • YouTube - White Circle
bottom of page